8:50 AM
Posted by smks blog admin

 
Posted by Picasa



Program KRK SMK Sandakan telah ditubuhkan pada tahun 2009. Pengambilan pertama pelajar tingkatan satu adalah seramai 18 orang.

8:31 AM

Program KRK

Posted by smks blog admin

1.  LATAR BELAKANG

1.1    Kelas Rancangan Khas (KRK) ini bermula seawal tahun 1970-an sebagai satu alternatif kepada murid-murid yang cemerlang dalam kurikulum dan ko-kurikulum namun gagal mendapatkan tempat di Sekolah Berasrama Penuh (SBP). Ini kerana bilangan tempat di SBP amat terhad. Keutamaan KRK diberikan kepada murid luar bandar yang serba kekurangan dengan menempatkan mereka  di sekolah-sekolah KRK yang mempunyai asrama.

 

1.2    Dalam usaha untuk menjadikan Malaysia sebagai sebuah negara maju, pendidikan berkualiti memainkan peranan yang penting untuk membina modal insan yang mampu menangani cabaran semasa yang lebih globalisasi. Menerusi program ini sekolah-sekolah yang melaksanakan KRK dapat menyediakan kemudahan dan bantuan pendidikan serta menjaga kebajikan murid-murid yang terpilih untuk meningkatkan pencapaian akademik dan sahsiah secara optimum.

 

1.3    Kementerian Pelajaran Malaysia telah berusaha dari semasa ke semasa mengambil inisiatif untuk menyeragam pengurusan Kelas Rancangan Khas di semua negeri. Natijahnya, Kelas Rancangan Khas diwujudkan atas kesedaran untuk memastikan pelajar bumiputera memperoleh tahap prestasi pembelajaran yang cemerlang.

 

2.  VISI

 

Kelas Rancangan Khas berhasrat menyediakan standard pembelajaran yang tinggi demi melahirkan murid yang berketrampilan dan cemerlang.

 

 

3.  MISI

 

Kelas Rancangan Khas berusaha untuk membentuk murid supaya boleh menyerlahkan potensi sebenar dari segi komitmen dan kualiti agar boleh bersaing dalam dunia global, dengan mewujudkan persekitaran pembelajaran yang kondusif berteraskan Pelan Induk Pembangunan Pendidikan (PIPP).

 

4. RASIONAL 

 

Kerajaan  Malaysia telah menubuhkan Sekolah Berasrama Penuh (SBP) dan Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) bagi menempatkan murid-murid cemerlang. Murid bumiputera luar bandar diberi keutamaan dengan tujuan ia dapat merapatkan jurang antara penduduk bandar dengan luar bandar dalam bidang pendidikan. Walaubagaimana pun SBP/MRSM tidak mampu menampung bilangan murid cemerlang dalam UPSR yang meningkat setiap tahun. Sehubungan ini KPM menggalakkan perluasan KRK di setiap negeri.

 

 

5.  MATLAMAT

 

Program Sekolah Rancangan Khas dan Kelas Rancangan Khas dilaksanakan dengan hasrat melahirkan murid yang cemerlang, gemilang dan terbilang dalam kurikulum, ko-kurikulum dan sahsiah.

 

6. OBJEKTIF

 

 

6.1       Menghasilkan 100% murid mendapat ‘perfect score’ dalam pencapaian Penilaian Menengah

Rendah ( PMR )

 

6.2       Menyediakan wakil sekolah-sekolah dalam pertandingan ko-kurikulum di peringkat daerah,  

           negeri dan kebangsaan

 

6.3       Menghasilkan murid-murid yang memiliki dan mengamalkan keperibadian tinggi dan mulia   

                 sepanjang masa.

 

6.4       Menjadi ‘role model’ kepada murid-murid lain.

 

6.5        Meningkatkan pencapaian kuantiti dan kualiti akademik peringkat negeri.